rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Serangan King Cobra

 Malang tidak berbau..itulah yang dapat disimpulkan dalam trajedi serangan king cobra di AO Pets Shop pada 24.5.2012 jam 3.00pm..


 Saya dikejutkan oleh penjaga kedai bahawa seekor ular senduk telah masuk ke dalam kedai dan telah mematuk 2 ekor ayam katik dalam 2 sangkar yang berbeza..dan king cobra tersebut lesap menyelinap masuk ke dalam kedai.


 Lantas segera saya menghubungi seorang rakan dan Jabatan Bomba untuk menyelesaikan masalah tersebut walaupun 2 nyawa ayam kesayangan saya telah melayang..2 orang pegawai Bomba dan beberapa kenalan cuba membantu tetapi ular tersebut tetap hilang dan gagal ditemui di dalam kedai...

 Seekor bapa ayam dan seekor lagi anak ayam betina yang menjadi mangsa King Cobra tersebut.
                                Inilah mangsa trajedi tersebut.....

 Sebahagian sangkar yang dikeluarkan untuk menangkap si Senduk tersebut..


 Nasib baiklah si Bantam Gold dan Silver ini terselamat..
Ruang inilah ular tersebut mematuk mangsanya dan terus menghilangkan diri..sangkar telah dikeluarkan untuk memudahkan usaha mengesan si Cobra...tetapi gagal...Ingatlah..Sepandai-pandai tupai melompat,,jatuh jua akhirnya...tetapi ini bukan tupai... he he he...dah takde rezeki(Ayam mati dan tidak dapat tangkap ular)...tawakkal je la..sekadar berkongsi pengalaman..AO Pets Shop

AO Pets Shop Kini Dalam Majalah JINAK Edisi 2 (Mei/Jun 2012)



 Salam hormat buat semua peminat burung seMalaysia...
Setelah sekian lama edisi pertama Majalah Jinak(Dec 2011) dikeluarkan..saya begitu teruja untuk mempromosikan haiwan peliharaan jinak saya..Rezeki menyebelahi saya apabila Saudara Faiz dari Majalah Jinak telah berminat untuk melihat dengan lebih dekat teratak burung saya di negeri Perlis.



 Alhamdulillah.. untuk Edisi 2 keluaran Bulan MEI/JUN  anda boleh melihat dengan lebih jelas di halaman 78-81 koleksi peliharaan jinak di AO Pets Shop Arau, Perlis


Saya sendiri tidak menyedari tentang keluaran Majalah ini sehinggalah seorang tauke Majalah di bandar Kangar datang melihat burung peliharaan di kedai saya dan memberitahu bahawa beliau memperolehi maklumat tersebut dari Majalah Jinak Edisi 2 yang sudah seminggu berada dalam pasaran



Patutlah dalam seminggu sebelum itu saya menerima panggilan beberapa peminat burung di seluruh Malaysia meliputi Perak, Pahang Johor dan Sarawak. Saya sangkakan mereka melihat dalam blog ini..rupanya ia telah tersebar melalui Majalah Jinak(MJ).. Terima kasih sekali lagi buat saudara Faiz (Chief Editor MJ)



Terdapat sebahagian gambar promosi pelbagai makanan burung merbah jambul yang dijual di AO Pets Shop.. Kini terdapat tidak kurang dari 20 jenis pilihan makanan untuk burung Merbah Jambul Kesayangan anda di AO Pets Shop..juga termasuk pelbagai vitamin dan ubat penggalak serta ubat mata,kutu,kulat dan sebagainya untuk burung kesayangan anda,,,

Semoga kita dapat bersama-sama berkongsi maklumat dalam proses pemuliharaan haiwan dengan baik,sempurna dan selamat...disamping memenuhi hobi dimasa lapang anda..

Makanan Pilihan Baru & Burung Baru di AO Pets Shop

 Salam.. Ini dia Jambul milik tuan ampunya kedai.
Sangkar patern Thai sebelah kiri ini dihuni oleh
Burung Merbah Jambul dari Langkawi..Berumur 6 tahun..
Sudah jinak dan boleh diusap dagunya dan dadanya...tapi hanya dengan tuannya sahaja..he he..

Manakala yang disebelah kanan ini adalah
Burung jambul milik seorang teman yang dipertanggungjawabkan kepada 
saya untuk membelanya.. Umur sudah melebihi 4 tahun..
AO petshop megah kerananya....
Sering menjadi tumpuan pelanggan apabila diperdengarkan suaranya  kepada khalayak..
Tidak mengira tempat..apabila diubah shaja ke tempat@lokasi baru...,pasti ia akan menayang kedua belah kepaknya dengan megah kepada pelanggan..

Anda pasti terhibur dengan gelagatnya yang akan mematuk tangan tuannya..apabila dipetik jari ke bilah stell sangkarnya..

Sangkarnya jenis Three Coin diubah khas bilah stell dan kayu anggar dalamnya..

Ini adalah pilihan sangkar patern dari seberang......Thailand....

Jambul Hitam





                                       Tungat Ali
                             ( Pink/Hijau/Merah)
 Boxer - Ubat penggalak untuk Burung
             Jambul
 
                                                                                                                    Champion Bird - Untuk Pertumbuhan 
                                                                                                                    Bulu yang baik & cantik
Banana - Makanan Penggalak Burung Jambul
                                             Honey -- Makanan Jambul -Brand Three Coin


                                                                   9 Coin.... Jambul
The One- Orange-- Untuk Bulu Jambul Cantik Dan Gebu,,,,
Ayam Bantam --- Gold & Silver











               Ayam Bantam Silver -               Betina....
 


 Anak IRN Lutino baru berumur 2 bulan...
Baru dapat dari seorang teman,,, katanya dah pandai makan sendiri..Balik tengok lebih kurang 30 jam...dia masih belum makan makanan yang disediakan.

Mujurlah stock lama susu KAYTEE EXACT HAND FEEDING FORMULA masih ada...

Terus saya membuat bancuhan pertama...ternyata ramalan saya tepat sekali.. dengan lahapnya anak IRN ini makan habis 20cc...

Kini setelah seminggu berada di AO Pets Shop...IRN ini telah menunjukkan tanda positif untuk mula belajar makan sendiri... Alhamdulillah... senang skit kerja saya..



                       
                                                          Merpati
      


Pendatang Baru Tahun 2012

Hai..Salam hormat buat semua peminat burung seluruh Malaysia...
Kini AO Pets Shop menerima kunjungan semula spesis African Grey yang suatu ketika dulu(Julai 2011) pernah dihuni oleh spesis ini..
 
Teman lama sebelum ini telah dijual kepada seorang rakan lama di Alor Setar, kini Alhamdulillah rezeki saya dapat memiliki semula African Grey yang diberi nama "Jakie" ini,,

Ternyata kehilangan Grey yang sebelum ini sedikit sebanyak menjejaskan kerancakkan perniagaan saya..Banyak pelanggan keluar masuk ke kedai saya untuk melihat kelibat Grey yang bebas bermain diatas stand miliknya tanpa diikat kakinya.

Kini kelibat Jakie dapat mengubat rindu penggemar Grey disekitar Bandar Diraja Arau, Perlis. Umurnya baru mencecah 6 bulan dan telah menunjukkan reaksi yang positif dengan mengeluarkan ayat yang pertamanya "Halaouw" bererti Hello untuk meyambut kedatangan tetamu yang datang menjenguknnya...



Sama juga seperti keturunannya yang sebelum ini,Jakie tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri didalam kelompok baru di AO Pets Shop..Hanya beberapa hari sahaja saya telah melepaskannya bebas diatas Stand milik Grey sebelum ini.
 

Haa....,, ini dia kelibat Baby SunConure yang sedikit jelous dengan kehadiran Jakie di AO Pets Shop.Gelagatnya yang kurang senang dengan kehadiran Jakie sekali sekala berani untuk menggigit Jakie. Macam tidak percaya juga pada mulanya saya melihat aksi baby Sun Conure ini menunjukkan taringnya kepada Jakie. Maklumlah dia adalah antara yang paling senior di Ao Pets Shop sehingga kini.Mujurlah suatu ketika saya dapat menghalang Jakie daripada membuat serangan balas tatkala sayapnya sedikit di gigit oleh Sunconure cilik ini.

Apapun sekali sekala kena layan jugakla si Conure ni agar tidak merajuk..memang setiap hari perlu dikeluarkan dari sangkarnya untuk dia bermain di atas meja kaunter ni...memang menjadi rutinnya berkeliaran diatas meja dan rak ditepi tempat duduk saya. Hilang juga stress ditempat kerja melayan kerenah Jakie dan baby Sc ini...

 
Ini juga  Spesis yang baru menginap di AO Pets Shop. Eastern Rosella dari Belgium yang saya dapatkan dari seorang rakan di Pulau Pinang. Menurut seorang teman yang juga pelanggan tetap saya;Rosella ini adalah salah satu  spesis yang paling cantik. Pernah beliau menghabiskan masa lebih satu jam melayan kerenah Rosella ini di kedai saya. Menurutnya lagi,, keadaan burung ini sama sahaja diantara spesis liar dan jinak.. "yang liar pun Jinak", "yang Jinak lagi jinak.." .he he he ...itu la katanya.





Tauke Baru AO Pets Shop

 Salam sejahtera semua.. AO Pets Shop telah berpindah ke lokasi baru di No 11, Jalan Arau, Tok Naya, 02600 Arau, Perlis..
 Sebenarnya,, lokasi baru ni tidaklah jauh dengan lokasi lama.. he he.. selang 4 buah rumah kedai je... Luas skit je, dan paling penting ketinggian tapak kedai ini adalah lebih tinggi 1 kaki dari kedai lama. maklum saja la kawasan rumah kedai yang saya sewa ini adalah kawasan regular banjir... tapi saya tiada pilihan lain disebabkan dekat dengan kediaman saya.Senang skit nak atur pengurusan memandangkan perusahaan ini melibatkan benda hidup...
 Saya telah menyiapkan rak 2' tinggi untuk meletakkan semua barang dan peralatan  bagi mengurangkan beban sekiranya berlaku bencana banjir..
Haa ni dia tauke muda AO Pets Shop.. Adam Harits Azharudin.. Kedai ini dibuka setiap hari mulai jam 9.00am - 6.30pm.. Sabtu sehingga jam 1.00pm sahaja..Kalau saya tak keluar cari barang, saya akan buka sehingga jam 6.30pm.. Sama juga dengan hari Ahad..Selalunya hari Ahad Saya akan buka pada jam 2.30pm memandangkan pembantu saya, En Mansur ada urusan perniagaannya sendiri pada sebelah pagi..Tetapi sekiranya saya tiada urusan lain, saya akan buka hari Ahad mulai jam 9.00am.  AO Pets Shop juga beroperasi pada sebelah malam.. di buka setiap malam mulai jam 9.00pm - 11.30pm...Semoga perkhidmatan ini dapat memberi kepuasan kepada semua peminat burung di seluruh negeri Perlis...Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi bantuan dan sokongan selama ini...

Baby Cockateil Baru..

 Hai... Salam sejahtera semua,, berjumpa lagi kali ini,, Ini Pengalaman pertama saya memelihara cockateil.Saya membeli 3 pasang teil ini lebih kurang 7 bulan lalu dari seorang sahabat. Katanya 3 pairs yang dah serasi bersama.Saya tempatkan dalam sangkar 2' x 10 x 6',, tetapi saya bahagikan 3 partition sangkar sepanjang 10' ini.. Teil ni saya tempatkan di tengah sangkar tersebut dengan panjang 4' x 2' x 6'..Menurut sahabat saya yang juga champion dalam perusahaan burung ini..iaitu Cikgu Wan..., burung ini akan membiak dalam masa  lebih 6 bulan di tempat baru dan sesuai dengan tempat,sarang,dan bebas dari gangguan..
 Tepat seperti ramalan cikgu Wan... genap 6 bulan, teil ini mula memasuki sarang yang saya bikin sendiri berkeluasan 10" x 12",,saya buat nestbox ni kembar 3 disebabkan saya letakkan bersama 3pairs tersebut dalam satu sangkar..
 Hasilnya,, teil ini mula bertelur dan mengeram sebanyak 6 biji telur..tak sabar rasanya saya nak menunggu hari kelahiran pendatang baru ini.. Saya dipesan oleh rakan saya agar tidak mengganggu teil ini semasa tempoh pengeramannya...dan saya juga percaya..agak mustahil untuk semua telur itu menetas kesemuanya. Cukup bagi saya sekiranya 2 atau paling tidak seekor  berjaya menetas dan dapat hidup.Hidup seekor beerti rezeki bagi saya...beserta satu pengalaman baru untuk saya membuat breeding bagi teil ini..Minta-minta la menjadi....

 Alhamdulillah... pada 12.10.2011 yang lalu,,harapan saya menjadi kenyataan apabila saya melihat anak teil ini berada di atas tanah dalam sangkar tersebut. Anak teil ini telah terjatuh keluar dari sarangnya,, saya segera masukkannya semula dalam nestbox tersebut bersama ibunya,,, Besar harapan saya agar anak tunggal teil ini dapat hidup..

Genap saja 21 hari, saya cuba keluarkan teil ini dari ibunya, matanya dah terbuka luas,dah kuat untuk panggung kepala dan dah mula belajar berdiri sendiri.Kini anak teil ini mula menjadi teman rapat anak kedua saya(Alif Imran)..menjadi rutin kepadanya untuk menyuap susu kepada anak teil ini setiap hari... harapan saya agar teil ini dapat hidup sihat dan membesar dengan selamat..
 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates