Jumaat, 25 Mei 2012

Serangan King Cobra

 Malang tidak berbau..itulah yang dapat disimpulkan dalam trajedi serangan king cobra di AO Pets Shop pada 24.5.2012 jam 3.00pm..


 Saya dikejutkan oleh penjaga kedai bahawa seekor ular senduk telah masuk ke dalam kedai dan telah mematuk 2 ekor ayam katik dalam 2 sangkar yang berbeza..dan king cobra tersebut lesap menyelinap masuk ke dalam kedai.


 Lantas segera saya menghubungi seorang rakan dan Jabatan Bomba untuk menyelesaikan masalah tersebut walaupun 2 nyawa ayam kesayangan saya telah melayang..2 orang pegawai Bomba dan beberapa kenalan cuba membantu tetapi ular tersebut tetap hilang dan gagal ditemui di dalam kedai...

 Seekor bapa ayam dan seekor lagi anak ayam betina yang menjadi mangsa King Cobra tersebut.
                                Inilah mangsa trajedi tersebut.....

 Sebahagian sangkar yang dikeluarkan untuk menangkap si Senduk tersebut..


 Nasib baiklah si Bantam Gold dan Silver ini terselamat..
Ruang inilah ular tersebut mematuk mangsanya dan terus menghilangkan diri..sangkar telah dikeluarkan untuk memudahkan usaha mengesan si Cobra...tetapi gagal...Ingatlah..Sepandai-pandai tupai melompat,,jatuh jua akhirnya...tetapi ini bukan tupai... he he he...dah takde rezeki(Ayam mati dan tidak dapat tangkap ular)...tawakkal je la..sekadar berkongsi pengalaman..AO Pets Shop

AO Pets Shop Kini Dalam Majalah JINAK Edisi 2 (Mei/Jun 2012)



 Salam hormat buat semua peminat burung seMalaysia...
Setelah sekian lama edisi pertama Majalah Jinak(Dec 2011) dikeluarkan..saya begitu teruja untuk mempromosikan haiwan peliharaan jinak saya..Rezeki menyebelahi saya apabila Saudara Faiz dari Majalah Jinak telah berminat untuk melihat dengan lebih dekat teratak burung saya di negeri Perlis.



 Alhamdulillah.. untuk Edisi 2 keluaran Bulan MEI/JUN  anda boleh melihat dengan lebih jelas di halaman 78-81 koleksi peliharaan jinak di AO Pets Shop Arau, Perlis


Saya sendiri tidak menyedari tentang keluaran Majalah ini sehinggalah seorang tauke Majalah di bandar Kangar datang melihat burung peliharaan di kedai saya dan memberitahu bahawa beliau memperolehi maklumat tersebut dari Majalah Jinak Edisi 2 yang sudah seminggu berada dalam pasaran



Patutlah dalam seminggu sebelum itu saya menerima panggilan beberapa peminat burung di seluruh Malaysia meliputi Perak, Pahang Johor dan Sarawak. Saya sangkakan mereka melihat dalam blog ini..rupanya ia telah tersebar melalui Majalah Jinak(MJ).. Terima kasih sekali lagi buat saudara Faiz (Chief Editor MJ)



Terdapat sebahagian gambar promosi pelbagai makanan burung merbah jambul yang dijual di AO Pets Shop.. Kini terdapat tidak kurang dari 20 jenis pilihan makanan untuk burung Merbah Jambul Kesayangan anda di AO Pets Shop..juga termasuk pelbagai vitamin dan ubat penggalak serta ubat mata,kutu,kulat dan sebagainya untuk burung kesayangan anda,,,

Semoga kita dapat bersama-sama berkongsi maklumat dalam proses pemuliharaan haiwan dengan baik,sempurna dan selamat...disamping memenuhi hobi dimasa lapang anda..

Ahad, 13 Mei 2012

Makanan Pilihan Baru & Burung Baru di AO Pets Shop

 Salam.. Ini dia Jambul milik tuan ampunya kedai.
Sangkar patern Thai sebelah kiri ini dihuni oleh
Burung Merbah Jambul dari Langkawi..Berumur 6 tahun..
Sudah jinak dan boleh diusap dagunya dan dadanya...tapi hanya dengan tuannya sahaja..he he..

Manakala yang disebelah kanan ini adalah
Burung jambul milik seorang teman yang dipertanggungjawabkan kepada 
saya untuk membelanya.. Umur sudah melebihi 4 tahun..
AO petshop megah kerananya....
Sering menjadi tumpuan pelanggan apabila diperdengarkan suaranya  kepada khalayak..
Tidak mengira tempat..apabila diubah shaja ke tempat@lokasi baru...,pasti ia akan menayang kedua belah kepaknya dengan megah kepada pelanggan..

Anda pasti terhibur dengan gelagatnya yang akan mematuk tangan tuannya..apabila dipetik jari ke bilah stell sangkarnya..

Sangkarnya jenis Three Coin diubah khas bilah stell dan kayu anggar dalamnya..

Ini adalah pilihan sangkar patern dari seberang......Thailand....

Jambul Hitam





                                       Tungat Ali
                             ( Pink/Hijau/Merah)
 Boxer - Ubat penggalak untuk Burung
             Jambul
 
                                                                                                                    Champion Bird - Untuk Pertumbuhan 
                                                                                                                    Bulu yang baik & cantik
Banana - Makanan Penggalak Burung Jambul
                                             Honey -- Makanan Jambul -Brand Three Coin


                                                                   9 Coin.... Jambul
The One- Orange-- Untuk Bulu Jambul Cantik Dan Gebu,,,,
Ayam Bantam --- Gold & Silver











               Ayam Bantam Silver -               Betina....
 


 Anak IRN Lutino baru berumur 2 bulan...
Baru dapat dari seorang teman,,, katanya dah pandai makan sendiri..Balik tengok lebih kurang 30 jam...dia masih belum makan makanan yang disediakan.

Mujurlah stock lama susu KAYTEE EXACT HAND FEEDING FORMULA masih ada...

Terus saya membuat bancuhan pertama...ternyata ramalan saya tepat sekali.. dengan lahapnya anak IRN ini makan habis 20cc...

Kini setelah seminggu berada di AO Pets Shop...IRN ini telah menunjukkan tanda positif untuk mula belajar makan sendiri... Alhamdulillah... senang skit kerja saya..



                       
                                                          Merpati