Assalamualaikum kawan-kawan ku.........
Disini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak kenangan bersama kawan-kawan seblog ini ,bagaimana saya berusaha membangunkan sebuah perniagaan yang kecil sehingga besar (tak ada la besar sangat). Saya dahulunya amat risau sebelum membuka perniagaan ini.Hati kecil saya berkata "boleh ker saya harungi rintangan ini,sedangkan saya tiada pengalaman berniaga ini,kacau betol la". Akan tetapi saya setkan minda "saya dimana ada kemahuan disitu ada jalannya"
Hari pertama saya membuka kedai ini,tidak la ada sangat sambutan kerana baru saja beroperasi dan lokasi kedai pun agak sukar dilihat oleh orang ramai. Hari berganti hari ,makin ramai pelanggan yang datang membeli sehungga x memang tangan. Naik pening pon ada. Maklum la jaga sorang sahaja, sahabat saya terut membantu saya bagi tidak menghuru-harakan kedai ini.Pelbagai ragam dan gelagat pelanggan saya dapat lihat, ada yang minta murah ,tu saya bley kasi la tapi ada jugak yang minta free saja... nie yang pening sket....
Dahulu.....................
Sekarang dan Kini..........................................................
Sekarang ini syukur alhamdulillah kepada ALLAh kerana melimpahkan rezeki kepada saya. Kini kedai da besar sket,tak da la besar sangat tapi ok la... boleh la letakkan banyak lagi peralatan yang pelanggan mahukan. makin besar kedai makin banyak barang-barang burung nak masuk, bukan apa, nak pelbagaikan barang-barang. Jika boleh nak cari lebih ramai pelanggan dan puashatikan dengan barang-barang yang dicarik dengan harga yang berpatutan.
Akhir kata ribuan terima kasih kepada semua kawan-kawan saya terutama Keluarga dan Mr CHot yang banyak memberi pelbagai ilmu yang memafaat supaya saya gigih memajukan kedai ini. Majulah kedai burung untuk negara..... ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan