Ahad, 6 November 2011

Baby Cockateil Baru..

 Hai... Salam sejahtera semua,, berjumpa lagi kali ini,, Ini Pengalaman pertama saya memelihara cockateil.Saya membeli 3 pasang teil ini lebih kurang 7 bulan lalu dari seorang sahabat. Katanya 3 pairs yang dah serasi bersama.Saya tempatkan dalam sangkar 2' x 10 x 6',, tetapi saya bahagikan 3 partition sangkar sepanjang 10' ini.. Teil ni saya tempatkan di tengah sangkar tersebut dengan panjang 4' x 2' x 6'..Menurut sahabat saya yang juga champion dalam perusahaan burung ini..iaitu Cikgu Wan..., burung ini akan membiak dalam masa  lebih 6 bulan di tempat baru dan sesuai dengan tempat,sarang,dan bebas dari gangguan..
 Tepat seperti ramalan cikgu Wan... genap 6 bulan, teil ini mula memasuki sarang yang saya bikin sendiri berkeluasan 10" x 12",,saya buat nestbox ni kembar 3 disebabkan saya letakkan bersama 3pairs tersebut dalam satu sangkar..
 Hasilnya,, teil ini mula bertelur dan mengeram sebanyak 6 biji telur..tak sabar rasanya saya nak menunggu hari kelahiran pendatang baru ini.. Saya dipesan oleh rakan saya agar tidak mengganggu teil ini semasa tempoh pengeramannya...dan saya juga percaya..agak mustahil untuk semua telur itu menetas kesemuanya. Cukup bagi saya sekiranya 2 atau paling tidak seekor  berjaya menetas dan dapat hidup.Hidup seekor beerti rezeki bagi saya...beserta satu pengalaman baru untuk saya membuat breeding bagi teil ini..Minta-minta la menjadi....

 Alhamdulillah... pada 12.10.2011 yang lalu,,harapan saya menjadi kenyataan apabila saya melihat anak teil ini berada di atas tanah dalam sangkar tersebut. Anak teil ini telah terjatuh keluar dari sarangnya,, saya segera masukkannya semula dalam nestbox tersebut bersama ibunya,,, Besar harapan saya agar anak tunggal teil ini dapat hidup..

Genap saja 21 hari, saya cuba keluarkan teil ini dari ibunya, matanya dah terbuka luas,dah kuat untuk panggung kepala dan dah mula belajar berdiri sendiri.Kini anak teil ini mula menjadi teman rapat anak kedua saya(Alif Imran)..menjadi rutin kepadanya untuk menyuap susu kepada anak teil ini setiap hari... harapan saya agar teil ini dapat hidup sihat dan membesar dengan selamat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan