Khamis, 19 Januari 2012

Pendatang Baru Tahun 2012

Hai..Salam hormat buat semua peminat burung seluruh Malaysia...
Kini AO Pets Shop menerima kunjungan semula spesis African Grey yang suatu ketika dulu(Julai 2011) pernah dihuni oleh spesis ini..
 
Teman lama sebelum ini telah dijual kepada seorang rakan lama di Alor Setar, kini Alhamdulillah rezeki saya dapat memiliki semula African Grey yang diberi nama "Jakie" ini,,

Ternyata kehilangan Grey yang sebelum ini sedikit sebanyak menjejaskan kerancakkan perniagaan saya..Banyak pelanggan keluar masuk ke kedai saya untuk melihat kelibat Grey yang bebas bermain diatas stand miliknya tanpa diikat kakinya.

Kini kelibat Jakie dapat mengubat rindu penggemar Grey disekitar Bandar Diraja Arau, Perlis. Umurnya baru mencecah 6 bulan dan telah menunjukkan reaksi yang positif dengan mengeluarkan ayat yang pertamanya "Halaouw" bererti Hello untuk meyambut kedatangan tetamu yang datang menjenguknnya...



Sama juga seperti keturunannya yang sebelum ini,Jakie tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri didalam kelompok baru di AO Pets Shop..Hanya beberapa hari sahaja saya telah melepaskannya bebas diatas Stand milik Grey sebelum ini.
 

Haa....,, ini dia kelibat Baby SunConure yang sedikit jelous dengan kehadiran Jakie di AO Pets Shop.Gelagatnya yang kurang senang dengan kehadiran Jakie sekali sekala berani untuk menggigit Jakie. Macam tidak percaya juga pada mulanya saya melihat aksi baby Sun Conure ini menunjukkan taringnya kepada Jakie. Maklumlah dia adalah antara yang paling senior di Ao Pets Shop sehingga kini.Mujurlah suatu ketika saya dapat menghalang Jakie daripada membuat serangan balas tatkala sayapnya sedikit di gigit oleh Sunconure cilik ini.

Apapun sekali sekala kena layan jugakla si Conure ni agar tidak merajuk..memang setiap hari perlu dikeluarkan dari sangkarnya untuk dia bermain di atas meja kaunter ni...memang menjadi rutinnya berkeliaran diatas meja dan rak ditepi tempat duduk saya. Hilang juga stress ditempat kerja melayan kerenah Jakie dan baby Sc ini...

 
Ini juga  Spesis yang baru menginap di AO Pets Shop. Eastern Rosella dari Belgium yang saya dapatkan dari seorang rakan di Pulau Pinang. Menurut seorang teman yang juga pelanggan tetap saya;Rosella ini adalah salah satu  spesis yang paling cantik. Pernah beliau menghabiskan masa lebih satu jam melayan kerenah Rosella ini di kedai saya. Menurutnya lagi,, keadaan burung ini sama sahaja diantara spesis liar dan jinak.. "yang liar pun Jinak", "yang Jinak lagi jinak.." .he he he ...itu la katanya.





1 ulasan: