Jumaat, 25 Mei 2012

AO Pets Shop Kini Dalam Majalah JINAK Edisi 2 (Mei/Jun 2012)



 Salam hormat buat semua peminat burung seMalaysia...
Setelah sekian lama edisi pertama Majalah Jinak(Dec 2011) dikeluarkan..saya begitu teruja untuk mempromosikan haiwan peliharaan jinak saya..Rezeki menyebelahi saya apabila Saudara Faiz dari Majalah Jinak telah berminat untuk melihat dengan lebih dekat teratak burung saya di negeri Perlis.



 Alhamdulillah.. untuk Edisi 2 keluaran Bulan MEI/JUN  anda boleh melihat dengan lebih jelas di halaman 78-81 koleksi peliharaan jinak di AO Pets Shop Arau, Perlis


Saya sendiri tidak menyedari tentang keluaran Majalah ini sehinggalah seorang tauke Majalah di bandar Kangar datang melihat burung peliharaan di kedai saya dan memberitahu bahawa beliau memperolehi maklumat tersebut dari Majalah Jinak Edisi 2 yang sudah seminggu berada dalam pasaran



Patutlah dalam seminggu sebelum itu saya menerima panggilan beberapa peminat burung di seluruh Malaysia meliputi Perak, Pahang Johor dan Sarawak. Saya sangkakan mereka melihat dalam blog ini..rupanya ia telah tersebar melalui Majalah Jinak(MJ).. Terima kasih sekali lagi buat saudara Faiz (Chief Editor MJ)



Terdapat sebahagian gambar promosi pelbagai makanan burung merbah jambul yang dijual di AO Pets Shop.. Kini terdapat tidak kurang dari 20 jenis pilihan makanan untuk burung Merbah Jambul Kesayangan anda di AO Pets Shop..juga termasuk pelbagai vitamin dan ubat penggalak serta ubat mata,kutu,kulat dan sebagainya untuk burung kesayangan anda,,,

Semoga kita dapat bersama-sama berkongsi maklumat dalam proses pemuliharaan haiwan dengan baik,sempurna dan selamat...disamping memenuhi hobi dimasa lapang anda..

1 ulasan: