Jumaat, 25 Mei 2012

Serangan King Cobra

 Malang tidak berbau..itulah yang dapat disimpulkan dalam trajedi serangan king cobra di AO Pets Shop pada 24.5.2012 jam 3.00pm..


 Saya dikejutkan oleh penjaga kedai bahawa seekor ular senduk telah masuk ke dalam kedai dan telah mematuk 2 ekor ayam katik dalam 2 sangkar yang berbeza..dan king cobra tersebut lesap menyelinap masuk ke dalam kedai.


 Lantas segera saya menghubungi seorang rakan dan Jabatan Bomba untuk menyelesaikan masalah tersebut walaupun 2 nyawa ayam kesayangan saya telah melayang..2 orang pegawai Bomba dan beberapa kenalan cuba membantu tetapi ular tersebut tetap hilang dan gagal ditemui di dalam kedai...

 Seekor bapa ayam dan seekor lagi anak ayam betina yang menjadi mangsa King Cobra tersebut.
                                Inilah mangsa trajedi tersebut.....

 Sebahagian sangkar yang dikeluarkan untuk menangkap si Senduk tersebut..


 Nasib baiklah si Bantam Gold dan Silver ini terselamat..
Ruang inilah ular tersebut mematuk mangsanya dan terus menghilangkan diri..sangkar telah dikeluarkan untuk memudahkan usaha mengesan si Cobra...tetapi gagal...Ingatlah..Sepandai-pandai tupai melompat,,jatuh jua akhirnya...tetapi ini bukan tupai... he he he...dah takde rezeki(Ayam mati dan tidak dapat tangkap ular)...tawakkal je la..sekadar berkongsi pengalaman..AO Pets Shop

Tiada ulasan:

Catat Ulasan